spa penah tido ngn aku angkat tangan..!
sapa penah mesti slalu dgq bunyi tuu
Dari form1 smpai la masok u msti rumate aku akn tnya satu benda..
“ tasha, ang tido gesel gigi ae?”
Inilah soalan yg sering ditujukan..
Bukan kadang2 bunyi kruuk2~ akn berkumandang di dlm biilik.
Boleh dikatakan acap kali mreka mendengarnya (menurut kta mereka)
|
mak oi putehnya gigi dye |
Apakah yg membuatkan tabiat ini berlaku?
Setelah digooglekan apa yg aku dpt simpulkan ialah menggesel gigi merupakan tabiat seseorang dan bukannya sejenis penyakit.. phew thank god. But still.. adakalanya habit ini akn menjerumus kpd kerosakan gigi.. Menggesel gigi atau dipanggil bruxism berlaku tanpa disedari pelakunya sendiri ketika tidur . Sebab yg dapat dikenalpasti ialah sleep disorder, terlalu risau dan jugak stress.. =.=’ stress kah aku.? tiap2 ari bunyi. tiap2 ari2 aku stress..
Power ayt olah semula aku..! ekeke..
Macam mana nk menghindari tabiat ini?
|
haa! x ada!!! |
Well.. mula2 mcm xdak ja artikel pasal cara menghindari tabiat ni until aku terbaca satu artikel
Rawatan baru untuk masalah gesel gigi
PESAKIT yang mengadu mereka ada masalah gigi bergesel semasa tidur sehingga ia mengeluarkan bunyi yang bising boleh diberikan rawatan.
Rawatan terbaru ini berupa kejutan elektrik kuasa rendah yang sudah mula diberikan di beberapa klinik gigi di Hull, United Kingdom, sebagai percubaan.
Pesakit diberikan kejutan kecil elektrik apabila sebuah alat mula mengesan bahawa beliau akan mula menggeselkan giginya.
Menggesel gigi semasa tidur yang juga disebut sebagai masalah bruxism (braksisme), adalah satu tabiat biasa dan tidak berbahaya yang berakibat daripada tekanan.
Bagaimanapun, ia boleh membawa kepada masalah sakit kepala dan leher tegang, selain mengganggu tidur pasangannya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Cara tradisional merawat masalah ini ialah pesakit memakai sebuah perkakas plastik pada malam hari untuk menghalang barisan gigi atas dan bawahnya daripada bertemu.
Alat baru diberi nama Grindcare itu pula yang dihasilkan di Denmark berfungsi dengan mengalirkan kejutan kecil elektrik apabila sebuah elektrod kecil yang diletakkan di pelipis dahi pesakit mengesan pergerakan otot-otot mukanya.
Namun, kejutan ini tidak akan disedari oleh pesakit, tetapi ia akan merelakskan otot-ototnya.
Ia dikatakan boleh mengurangkan pergeselen gigi sehingga 80 peratus dalam tempoh dua bulan.
Mak aih.. nk kna shot karen kt UK plak dh.. xdak ka yg senang sket mcm pelekat idong breath right tu.. tempek ja kt idong bg yg da mslah dengkur..
Rawatan tradisional dye pon nyusahkan.. ada ka aku nk gigit bekas plastik. Pagi2 basah bantal dgn ayaq lioq aku.. ish2
Dlm family aku suma tido gesel gigi kecuali mama aku.. Champion kmi ofcos babah aku.. beliau tido x sah xbunyi kruuuk2.. kuat + kdg2 lama plak tu. Aku rsa aku dpt genetik ni dari babah aku la. Artikel sebelom ni suma kna edit yg gesel gigi ni bkn sebab stress tp mmg genetik. Ekeke..
So aku nk mintak maap kpd suma exrumate aku.. shila ,laila, piqah, ida, yani n fizah kerna terpaksa menahan bunyi kruuk2~ aku.. ada yg kta ngilu bila dgq.. ada yg ckp scary. apakan daya diri sendiri pon xmampu menahan.. aku pon xsedaq
Pada bakal rumateku dan jua bakal husbandku (amboi gatai ^^) maap kerna mengganggu mimpi2 indahmu. Mungkin suatu ari nanti ada resolusi yg lebih efektif utk aku menangani habit itu