..... i'm under construction......

Friday 18 May 2012

YUMMY-LECIOUS PAVLOVA

im addicted to PAVLOVA since i bought kat karnival aritu
hoping my lovely sister or my gojes not-same-parents sister will make me one ~

deadly serious sedap ^^

excited sampai cari recipe tau
here's the recipe i copy-paste from dis blog


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

so....
apa lagi along and acu..
PLEEAASSEEE100x make me one..
huuu





Thursday 10 May 2012

DAY 3

Day 3 : Eight things that annoy you

1. people who no say thank-you!


show some manners and gratitude pipal! its not that hard to say thanks..


2. ambik barang tanpa kebenaran


aku boleh tahan lagi kalu orang tu prosek barang aku.. but taking my stuff without my permission?? 
you're dead!


3. lovey dovey couple


yea.. kapel with mushy2 words.. but don't show off overdose depan orang boleh tak? like euww.. aku pulak yang naik segan..
*rolling eyes*


4. tak senyum balik



just showing some friendliness to others. not means to flirt or anything. a smile wont harm anyone rite?   perhaps ur smile can made up someones day ^^


5. tutup kipas masa aku tidur


yee.. ini taktik mamaku untuk mengejut bukan saja anak daranya bangun, malahan anak terunanya serta suaminya.. haha.. kejot guna mulut takan menjadi tapi once tutop kipas... i feel like WARGGHH! turn on the fan! felt like sauna in here!


6. people who think im blind



menda ni slalu jadi kat orang speky.. bila suroh bukak spek ja mesti depa test2 tunjok tangan tanya ni berapa.. im not that blind ok.. i still can see ur hand but is just not that clear. so please dont ask me if i can see or not


7.  people who don't know to que



it's not just masa drive, ni termasok masa nak g bayar kat kauter and everything that needed to que-up.. i'm had waiting so long for my turn man!

8. "sombong ae ang sekarang"
this word selalu digunakan bila kita lama tak bertegur sapa dengan kawan2 lama kita. i felt annoyed when pipal use dis word. i donno how to respond with dis word. nak buat cena dah peredaran masa. ang pon lama tak sapa aku tanak pulak cakap diri sendiri tu sombong?



Sunday 6 May 2012

TELL ME WHY??!

aku musykil..
kenapa mostly aku tengok orang tak suka timeline?

susah dengan application dia?
for me : tak pon

timeline tak cantik? 
for me: tak pon..

just showing some creative timeline cover..
awesome!



Ekkapong Techawongthaworn - Facebook Cover design

or 
maybe aku jenis orang yang boleh terima pembaharuan?
yeeeah~ maybe..

tapi ekeleh... 
semua dalam dunia ni berevolusi right?
dulu pakai 33sekupang
sekarang gila ar beli i-phone..
pandai ke guna abe?
application dalam iphone tu double triple banyak dari 33sekupang
tapi bagaimanakah abe boleh adapt guna iphone?

its the same as timeline case..
cer adapt sket with timeline punya application
lama2 kang biasa la

it just my opinion
i never had problem with timeline

keep on complaining at ur status asking Mr. Zuckerberg not to changes ur fb into timeline..
which he will not layan the haters..
ikot suka dia la kan dye yang CEO..

so..
do please tell me why mostly peoples doesn't loike timeline?
i would like to know their reasons 

Saturday 5 May 2012

i was amazed O..O



surely ampa penah tengok kat fb pasal optical illusion yang membuatkan ampa nampak corak tu bergerak-gerak ryte??
well..
that was so last year.. haha..

aku found a very talented guy yang aku rasa sangat kagum gila dengan hasil kerja beliau..
he is DAIN FAGERHOLM
beliau guna stereographic drawing yang membuatkan gambar tu seolah2 3D man!
ala.. dulu kecik2 ampa penah tak beli pembaris or sticker yang ada dua gambaq tu?
alih kok sini gambaq laen.. alih kok sana gambaq laen..
(donno whether ampa paham tak benda yang aku describe ni)
macam tu konsep dia.. 
dye buat dua gambaq yang sedikit berbeza and then buat dalam GIF and
VOILA!!!




chantek kan??
the colour..
the drawing..
cer try tengok lama2..
macam 3D~
^^
KAGUM!
loike loike loike the monster pictures!! --
thus aku teros menjadi follower beliau
jom usha blog beliau
aku sangat mengesyorkan!  

http://dainfagerholm.blogspot.it/